TAJUK KAJIAN LAPANGAN: Laporan Razak 1956
NAMA AHLI KUMPULAN: 1) Wati binti Dapit (S01SSK17F013)
2) Sureyani binti Damsah (S01SSK17F026)
NAMA PENSYARAH: Nur Angriani binti Norja
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan kajian lapangan ini dengan
jayanya.
Sekalung penghargaan untuk , “Puan Nur Angriani binti Norja” selaku guru pembimbing kerana telah banyak memberikan
bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada kami.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan yang telah banyak membantu
dan memberikan tunjuk ajar kepada kami terutamanya kepada Sadora Jos. Bantuan kalian amat kami hargai.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian lapangan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini, kami dapat :
1)Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar.
Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri kami dalam membuatkan satu kajian lapangan yang bersifat ilmiah.
2)Mengenalpasti tujuan kajian lapangan yang kami dikaji.
3)Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri kami dan generasi muda yang lain.
PENGENALAN
Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956 yang bertujuan
mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diketuai
oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak. Laporan Razak 1956 boleh dianggap sebagai
batu asas bagi perkembangan sistem Pendidikan kebangsaan. Ia menyatakan:
“ Tujuan dasar pelajaran di dalam
negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa
di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”
(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk
mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji
sistem pendidikan yang sedia ada. Maka, Akta Pelajaran 1961 telah dirangka
berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan
penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Secara tidak langsung
dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi
seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum
yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama
serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN LAPANGAN
Muat turun
internet
Kami telah menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman
sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat
sebagai rujukan.
LATAR BELAKANG KAJIAN LAPANGAN
Sistem pendidikan penjajah yang telah diperkenalkan oleh British telah
digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak
mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan
negara. Atas kesedaran inilah lahirnya Dasar Pendidikan Kebangsaan 1957.
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah menjadi asas
pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa
Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat
melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
HURAIAN / PENERANGAN TAJUK KAJIAN LAPANGAN
Tujuan Penyata Razak
Melihat kepada sistem pendidikan
pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa
tujuan. Antaranya ialah :
a) Menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar di sekolah.
b) Mengeratkan perpaduan antara
kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu
c) Mengembangkan sistem
pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan
d) Menyediakan kemudahan
pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisiplin,
terlatih, liberal dan progresif.
e) Mewujudkan system pengurusan
pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
f) Mewujudkan masyarakat yang
bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan
progresif.
g) Memenuhi keperluan negara yang
merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan
dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang
diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air
mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa
Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah
dan sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan,
bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar
kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar
utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah
sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan
menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah
menengah adalah Sekolah Menengah Rendah
(SMR), Sekolah Menengah Atas
(SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah
satu perkhidmatan profesional dan Jemaah
Nazir Persekutuan ditubuhkan.
KESIMPULAN
Dalam suasana
masyarakat majmuk yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan
fahaman tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil
perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini,
pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.
Hasrat,
perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Laporan
Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Sebagai sebuah negara yang
mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah
dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Menyedari
betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah
berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk
melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pihak harus meletakkan kepentingan
nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan
masing-masing.
Hal ini dapat
dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan
program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan
hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi
negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan
sendiri.
SUMBER RUJUKAN
LAMPIRAN / GAMBAR
Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)
Pengasas Laporan Razak 1956
No comments:
Post a Comment