Sunday, 20 May 2018

LAPORAN RAZAK 1956

NAMA KURSUS: Kajian Lapangan

TAJUK KAJIAN LAPANGAN: Laporan Razak 1956

NAMA AHLI KUMPULAN:  1) Wati binti Dapit (S01SSK17F013)
                                    2) Sureyani binti Damsah (S01SSK17F026)

NAMA PENSYARAH: Nur Angriani binti Norja

PENGHARGAAN


Assalamualaikum

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan kajian lapangan ini dengan jayanya. 

Sekalung penghargaan untuk , “Puan Nur Angriani binti Norja” selaku guru pembimbing kerana telah banyak memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada kami.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang kajian lapangan ini disiapkan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan  yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami terutamanya kepada Sadora Jos. Bantuan kalian amat kami hargai.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian lapangan ini.

OBJEKTIF KAJIAN


Melalui kajian ini, kami dapat :


1)Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri kami dalam membuatkan satu kajian lapangan yang bersifat ilmiah.

2)Mengenalpasti tujuan kajian lapangan yang kami dikaji.

3)Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri kami dan generasi muda yang lain. 


PENGENALAN


Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956 yang bertujuan mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak. Laporan Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem Pendidikan kebangsaan. Ia menyatakan:

“ Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”
(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)


Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Maka, Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.


KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN LAPANGAN

Muat turun internet                       

Kami telah menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.


LATAR BELAKANG KAJIAN LAPANGAN

Sistem pendidikan penjajah yang telah diperkenalkan oleh British telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Atas kesedaran inilah lahirnya Dasar Pendidikan Kebangsaan 1957. Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.


HURAIAN / PENERANGAN TAJUK KAJIAN LAPANGAN

Tujuan Penyata Razak
Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa
tujuan. Antaranya ialah :
a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar di sekolah.
b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu
c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan
d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan
progresif.
g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.

Cadangan
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang
diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah
dan sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah
(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah
Nazir Persekutuan ditubuhkan.

KESIMPULAN

Dalam suasana masyarakat majmuk yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Laporan Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pihak harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing.

Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.


SUMBER RUJUKAN




LAMPIRAN / GAMBAR

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)
Pengasas Laporan Razak 1956